Sunday, 24 September 2017

PENGENALAN KEPADA PSIKOBIOLOGI AKTIVITI FIZIKAL

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

 Hari ini saya mulakan dengan pengenalan kepada subjek Psikobiologi Aktiviti Fizikal ini. Perkataan subjek ini dapat dipecahkan kepada 3 iaitu Psikologi, Biologi dan Aktiviti fizikal. Maksud Psikologi ialah kajian tentang proses minda dan mental, terutama berkaitan dengan tingkah laku. Manakala maksud Biologi pula ialah kajian terhadap organisma hidup. Seterusnya maksud Aktiviti Fizikal ialah pergerakan badan yang dihasilkan oleh otot rangka yang memerlukan penggunaan tenaga. Secara keseluruhannya, maksud Psikobiologi Aktiviti Fizikal ialah satu kajian mengenai minda dan proses mental berkaitan dengan tingkah laku manusia semasa sukan atau senaman. Terdapat perbezaan dalam kajian Psikologi Sukan dan kajian Fisiologi Senam. Kajian dalam Psikologi Sukan memfokuskan pada :-

  • Keberkesanan teknik biofeedback iaitu denyut jantung, tekanan darah, elektromiografi, konduktif kulit, dan aktiviti gelombang otak untuk mengawal kebimbangan kompetitif dan meningkatkan prestasi.
  • Manifestasi psikobiologi tentang overtraining seperti penilaian keadaan mood dan hormon stres.
  • Pemeriksaan aktiviti electrocortical sebagai indeks perhatian dan peruntukan sumber kognitif.
  • Hubungan antara faktor-faktor psikologi seperti kebimbangan dan keadaan mood dan sama ada fisiologi (sebagai contoh: pengambilan oksigen) atau biomekanikal (sebagai contoh : kinematik pergerakan) parameter.
  • Imageri iaitu hubungan mekanisme neuron dan otak.
Manakala kajian dalam Fisiologi Senam pula memfokuskan pada :-
  • “feel-better” effects (hipotesis monoamine)
  • Pengaruh kecergasan aerobik terhadap kereaktifan psychophysiological kepada "psikososial" atau "tekanan mental" (contoh: Stroop task, aritmetik mental, pengucapan awam)
  • Kesan kecergasan aerobik pada prestasi kognitif (contohnya: populasi penuaan)
  • Analgesia yang disebabkan oleh senaman (ketahanan terhadap kesakitan)
  • Kesan Psikoneuroendokrinologi senaman (bagaimana hormon memberi kesan kepada fungsi otot dan tindak balas emosi)

1 comment:

  1. Emperor Casino | Shootercasino
    Emperor Casino is a unique gaming platform for online casinos. The platform 제왕카지노 is licensed by the Malta 인카지노 Gaming 샌즈카지노 Authority and is operated by Casino.Casino Name: Emperor Casino GamesSoftware: Microgaming, Rival Slot, Microgaming, Booming Games, Live Casino Rating: 3 · ‎1 review

    ReplyDelete

AEROBIK DAN ANAEROBIK

LATIHAN AEROBIK  Latihan memerlukan tenaga. Apabila kita bersenam secara aerobik badan kita menggunakan glikogen dan lemak sebagai bahan ...